Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikutan klip video viral yang memaparkan kanak-kanak lelaki yang berdarah di kepala dan badannya dipenuhi debu, tentera Russia mengeluarkan pernyataan yang menafikan serangan udaranya telah menyebabkan insiden tersebut.
Jurubicara Kementerian Pertahanan Russia berkata, "Pesawat Russia tidak pernah melancarkan operasi serangan dalam kawasan perumahan penduduk."
Jurugambar yang mengambil video itu untuk Aleppo Media Centre berkata kepada AFP, gambar tersebut diambil setelah serangan udara pada malam Rabu yang menyasarkan kawasan Qaterji, Timur Aleppo.
Konashenkov berkata, Qaterji bukanlah kawasan sasaran Russia kerana ia terletak antara jalan bantuan kemanusiaan yang dikelola Russia untuk penduduk meloloskan diri keluar dari konflik.
Beliau menamakan laporan media Barat mengenal Omran sebagai eksploitasi terhadap situasi tragik di Timur Aleppo. Beliau juga turut menyatakan kemungkinan pemberontak telah melancarkan serangan menggunakan roket buatan sendiri untuk memburukkan imej Russia sambil menayangkan rakaman video yang menunjukkan tingkap kaca yang masih utuh dalam insiden terbabit.
Menurut beliau lagi, bom yang digunakan pemberontak tersebut kemungkinan jenis gas silender yang telah digunakan kumpulan-kumpulan pengganas.